Wednesday, January 27, 2010

Apa sudah jadi?!?

Lamanya aku tak menulih, asyik dok baca tang lain. Sibuk ngan kerja (sibuk ka?).... apa yang membuatkan aku nak menulih balik? entah... terasa terpanggil atau dipanggil oleh Zul... sapa zul? aku rasa semua orang kenai dia nih buat masa la nih, sebab dah beberapa kali percubaan untuk untuk memfemeskan diri dia agar '1Malaysia' lebih kenai dengan dia, 'The Riding MP' dengan gaya motosikal harley davidson but still melabelkan dirinya sebagai 'pejuang islam' dan kini 'pejuang islam dan melayu dan bahasa melayu' yang begitu 'ekstrem' kononnya.

Apa yang dia dah buat? Sebelum nih tak la aku nak kisah sangat, malahan aku agak gemar jugak dengan stail dia nih, yang outspoken ala² abang berahim ali, tapi lepaih tindakan dia buat report polis terhadap khalid samad... aku ternganga buat seketika... dan beberapa ketika seterusnya jugak masih ternganga... WHAT THE.... apa masalahnya? apa isunya? nama tuhan sekelian alam... Rabbul 'Aalamin... Allah!! Bermatian (belum lagi) dia mempertahankan khilaf dia... sedangkan benda ini adalah furuq, masih lagi boleh berkhilaf... kalau boleh berkhilaf, kenapa perlu sampai buat report polis? ramai lagi, Dr. Asri, TGNA, Anwar Ibrahim dan Sheikh Yusuf Qardhawi jugak... hmmm... atau mereka² ini jugak akan menjadi mangsa report seterusnya?!?

Lately, yang banyak menemuramah Zul, ternyata dari penyokong² parti pemerintah termasuklah 'the unfamous' Agenda Daily... kenapa? kenapaa?? bukan persoalan kenapa Agenda Daily menemuramah Zul, tapi kenapa Zul lebih gemar memilih penemuramah² yang bukan sealiran dengan dia 'satu ketika dulu'... Zul, zul, zul....

Kalau begini lah agenda nya... beginilah caranya... beginilah kaedahnya.... beginilah citarasanya.... tunjukkanlah realitinya secara terang... tak payah nak sembunyi lagi... banyak accessories harley davidson boleh dapat di 'seberang' sana.... Wallahu'Alam....

Thursday, April 10, 2008

Projek khinzir dari 2 puak yang bertelagah.....

Apa yang sebenar di sebalik pertikaian kedua² puak ini? Kenapa PR beriya² sangat ingin meneruskan projek ini sedangkan pada masa yang sama angkatan tempur BN berhabis²-an menentang?

(Utusan Malaysia) SEPANG 9 April – Kegiatan menternak babi yang tidak terkawal di beberapa kampung sekitar Tanjung Sepat dekat sini mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang teruk hingga menyebabkan penduduk hilang mata pencarian.

Kenyataan akhbar di atas merujuk kepada keadaan yang telah berlaku. Apakah motif kenyataan ini? Sedang kan "projek khinzir" belum di laksanakan. Mungkin ianya bermaksud untuk menunjukkan kesan yang bakal berlaku (walaupun telah berlaku).

(Berita Harian bertajuk "200 penduduk bantah projek ladang ternak babi") Beliau (Seorang wakil penduduk, Mohamad Tarmudi Tushiran) berkata industri pelancongan di kawasan Pantai Morib dan Kelanang juga akan terjejas kerana pengunjung pastinya jijik dengan persekitaran yang menjadi pusat ternakan babi terbesar di Selangor itu.

Kenyataan ini pula merujuk kepada keadaan yang belum berlaku. Kerana beliau menyatakan "akan terjejas". Sedangkan dalam berita yang sama :

Beliau berkata kawasan itu, yang sudah menjadi pusat ternakan babi secara kecil-kecilan sejak berpuluh tahun lalu, menghadapi masalah pencemaran alam sekitar.

Jadi terdapat beberapa kekeliruan dalam kenyataan kedua²nya. Dan beliau juga menyatakan bahawa Pantai Morib dan Kelanang akan terjejas walaupun jarak antara ladang tersebut ke Pantai Morib dan Kelanang melebihi 20 Kilometer.

(Media Alternatif)Projek moden penternakan babi di Selangor dijalankan secara bersih, selamat dan memenuhi piawaian kualiti alam sekitar, kata menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Kenyataan YAB MB S'gor dalam menyatakan ciri² ladang yang akan di laksanakan.

Kenyataan² seperti dahulunya, dulu, suatu ketika dulu, sebelum ini semuanya merujuk kepada perkara² yang telah berlaku. Jadi kenyataan² tersebut di tujukan kepada siapa?!?

Bagaimana pula dari kaca mata Islam? Berikut adalah kenyataan Mufti Perlis tentang isu ini.

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata tindakan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek ternakan babi berkelompok boleh diterima jika ia bertujuan untuk menyatukan semua ladang ternakan haiwan itu.